kemaafan

Assalamualaikum...Exam makin dekat, ramadhan pon makin dekat jadi aku amik kesempatan ini nak mintak maaf kat sesiapa yang kenal diri aku ini. Aku mungkin tak sedar atau sedar yang aku dah sakitkan hati orang. So, aku mintak maaf. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah ambil berat pasal aku.

Kawan-kawanku yang bakal exam, wish u all da best. I will pray for your success.

Semoga bulan ramadhan ni bakal membawa seribu keberkatan kepada kita semua, InsyaAllah.


dua dua..


Apa ada dengan no dua dua ini???No ini dan juga tarikh pada hari ini menandakan kematangan aku meningkat ke satu tahap yang lain. Tapi matangkah aku?? Ish apa aku merepek ni. Tengok, makin sengal ada ar.

By the way, 22 tahun yang lalu,terbentuklah insan comel dan gebu(perasan je) di muka bumi ini. Terima kasih mak abah membolehkan adik melihat dunia dan ciptaan tuhan yang maha agung.

Kepada yang wish juga, babe2 & dude sekalian...thank u so much kerana memperingati tarikh keramat ini. Selain daripada wish, cake yang sangat sedap & cantik(sila rujuk gambar di atas) dan hadiah yang bakal tiba juga diberikan kepada c.comel ini. TERIMA KASIH DAUN KELADI, SEMOGA BOLEH MEMBERI LAGI!

Selain itu,semoga apa yang dihajati pada tahun ini dimakbulkan olehNya. (apa hajat aku yek??)hehe.Biarlah ia menjadi rahsia kepada diriku.Aminnnnnnnn

SIT BACK RELAX AND ENJOY THE MOMENT~~~~

bola


Pernah dengar tak pepatah orang dulu-dulu "bola itu bulat"?
Maksud di sebaliknya sangat mendalam. Apa-apa boleh terjadi walaupun dalam masa yang singkat. Jadi renung-renungkanlah pepatah ini.

maaf

Saya nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali saya.
Kalau saya ada tersalah kata, terlukakan hati atau apa-apa sahaja yang seumpama itu, saya minta maaf banyak-banyak.

me

I am very ambitious
when i want it, i will fight for it;
and who are you,
to pull me back?

I love to complain
when something bother me;
and who are you,
to shut me up?

I cry a lot
never had tears dry up;
and who are you,
to tell me not to cry?

I am very sensitive
one word can ruined me;
and who are you,
to say unpleasant word to me?

I am who i am
and who are you,
to judge me?

11.24pm
22 June 2010
tiny cramp space





AWAN


Kepulan putih indah di awangan,
memayungi dari terik mentari;
kaulah pelindung,
dari terus membakar.

Bentuknya sukar ditafsir,
juga tidak tetap suatu waktu;
namun, ada keistimewaan di sebaliknya,
hanya perlu kaji lebih teliti.

Hadirnya di sana,
menghiasi ruang biru yang luas,
pasti terleka pabila merenungnya;
tenang, namun sayu mula terbit.

Keseriannya hanya sementara,
pudar warna suci,
kelam, suram pamer di udara;
gigil jiwa raga saat ia tiba,
basah kuyup membanjiri tubuh.

Gerombolan hitam menutup muka langit,
makin kencang amarahnya;
hanyut dan lemas dek perbuatannya,
namun, apa yang mampu dibuat,
hanya berdoa agar ia reda.

1.23 am
3 Jun 2010
Bilik yang sepi

life sux or i sux?!!

life sux ke aku yang sux???aku dah penat sangat ni. aku tak boleh nak teruskan hidup. kejap aku ok. kejap aku macam apa je. disebabkan problem aku, tak pasal aku nak marah orang yang dekat dengan aku. i didnt mean to do that. im sorry. actuall, im planning to avoid people. i dont want they to know what i had been through. aku tak sanggup nak explain semua. kenapa susah sangat nak move on??? ramai dah bagi aku nasihat, tapi satu pon macam tak masuk dalam kepala otak ni. bukan takmo dengar, tapi ada benda menghalang. iaitu diri aku yang lemah n bodoh.tengok asal nak rendahkan diri lagi?walaupun orang cakap aku leh kuat n tak bodoh??aku tak paham dengan diri sendiri.

aku banyak benda nak buat. aku nak study.aku nak buat assignment aku. aku nak exam. aku nak grad 2012. aku takmo repeat year. aku nak hidop bahagia. boleh gelak ketawa tanpa pura-pura (gelak ketawa ikhlas). aku tau aku boleh buat. sebab dulu,walaupon aku banyak problem,kenapa aku boleh berjaya?? tapi,sekarang ni semua hancor.aku macam tak jadi diri aku. aku pura-pura happy depan orang. aku sakit sangat. kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain?hati kental lepas apa jadi?kenapa aku nak berduka benda yang dah lepas?benda yang memang terang-terang takde masa depan? move on semua.kenapa???

aku ni pikir banyak sangat ke jadi macam ni??macam mana aku tak pikir. benda ni bukan pasal soal hati dan perasaan je.lebih dari itu. aku sorang je yang tau macam mana perasaan ini. aku yang tanggung sendiri. aku dah rasa macam nak meletup je. otak aku dah nak pecah. aku tak pernah nak salahkan sesiapa pon pasal hal ini. sebab aku yang pilih jalan ini pada mulanya. aku rasa nak lari dari semua ini. tapi aku nak lari pergi mana? aku still tak boleh nak bergerak.
YA ALLAH, kau kuatkan hati dan cekalkan hati hambamu yang sangat lemah ini.

bosan

aku bosan
dengan kehidupan ini
yang penuh kehipokritan.

aku bosan
dengan persekitaran
yang menyerabutkan.

aku bosan
dengan pimikiran
yang sangat negatif.

aku bosan
dengan tipu dusta
yang menghancurkan.

aku bosan
dengan kata-kata manis
yang mencairkan.

aku bosan
dengan diri sendiri
yang bebal.

aku bosan
dengan layanan
yang macam sampah.

aku bosan
menunggu seseorang
yang tidak kunjung tiba.

20:20
27 April 2010
Kamar tidur

Sayang?

Kawan-kawan semua..

Apa makna SAYANG???? Saya kurang paham di sini. Sesiapa tahu jawapannya boleh tolong jawab ya. Terima kasih.

makan angin

Sesampai di London
terasa berada di bollywood
mat salleh tidak kelihatan
hindustan kulihat bersepah di sana sini.

Bergelak ketawa
sambil bersuai kenal
dalam keadaan lalok,
setengah hari berada di awan pilu.

Belum sempat punggung nak panas
sudah terbang ke negara penjajah kedua.

Bandarnya cantik tak terkata
dengan dikelilingi sungai yang indah,
ganja dan hiburan dewasa tidak dilupa
semuanya bebas di Amsterdam.

Sekejap sahaja berada di Holland
tapi pengalamannya cukup berharga.
Jika ada duit yang lebih
mahu melihat tulipnya pula.


4.50pm
26 Februari 2010
Artemis hotel,Amsterdam

bon voyage!


I wanna refresh myself with my baby.
Clear my mind.
Leave other things back.
Enjoy my holiday to the fullest.
Open my minds and eyes to another part of the world.
Hunting or maybe seeking hot guys on our vacation.
Shop till we drop.

LET'S HAVE FUN,BEBEH!!!

senyum

senyum
walaupun ia tidak ikhlas.

senyum
walaupun ia pura-pura.

senyum
walaupun ia kelat.

senyum
walaupun ia terluka.

senyum
walaupun ia disakiti.

senyum
walaupun ia terseksa.

STRICTLY NO DEMAND!


  1. Never demand
  2. Never complaint
  3. No begging
  4. Appreciate what you receive
  5. Have no high expectation

WHERE & WHEN TO START???

Anyone help me please? i need to start focus on my study. damn. hate this time. i wanna go somewhere. CANADA, or EUROPE or maybe just go back to MALAYSIA. i need a break of all this. counting that day to come. stop thinking about that stuff. study first!!!focus!!!

On your marks, Get set, GO!!!

i miss you

i miss your face
i miss your smile
i miss your eyes
i miss your lips
i miss your scent
i miss your jokes
i miss your voice
i miss your laugh
i miss your sms
i miss your call
i miss your hug
i miss your kiss
i miss the way you looked at me
i miss being with you
i miss being near you


I miss YOU so damn much!!!

dia datang..

Pabila dia menghampiri
hati menjadi resah,
gundah-gulana.

Tiap saat yang berdetik
terlintas bayangannya
di dalam kepala.

Duduk tidak senang
tidur tidak lena
makan tetap cukup
gara-gara panggilannya.

Tidak kupinta kewujudannya
namun dia tetap hadir.
Mengapa?

Belaian mesra,
bermanja tiap waktu
itu kesukaannya.
Pasrah memenuhi pintaannya
di kala tersepit dengan desakannya.

Namun,
tiap kali dia hampir
buntu menyelubungi diriku.

12.28 am
23 Januari 2010
Di depan laptop

'Cuaca'


Cuaca kat sini kejap sejuk kejap panas. minggu lepas punyalah sejuk. minggu ni pulak panas. hai..cuaca cuaca. berubah-ubah ikut mood nampaknya. tetiba je boleh berubah dengan drastically. tapi, jangan cepat sangat percaya dengan cuaca minggu itu. boleh jadi hari ini sejuk. esok pulak panas. kesimpulannya, kena bersedia sahaja dengan apa jua keadaan cuaca yang sentiasa berubah ini.

"beware of weather!"

Seronok


Best rasanya kalau setiap hari perasaan aku begini. Rasa enak sangat seperti cheesecake di atas. Yummy :D. Weekend ini rasa tenang dan bahagia sangat walaupon banyak benda kene setelkan dan perlu dibuat.

Kenapa rasa seronok? Sebabnya, orang-orang yang aku sayang berada dekat sangat di hati. Bergelak ketawa sambil meluahkan isi hati masing-masing. Terasa bahagia sangat. Pada masa yang sama, dapat melupakan segala benda yang 'remeh' itu.
Let's enjoy our life to the fullest!!!

Report

Report oh report
bila hendak siap?
Jika fikiran asyik melayang
merentas lautan yang luas,
barangkali teringat mata air.

Report oh report
bila hendak tamat?
Jika jemari asyik merewang
pada tetikus dan kekunci
menjengah tetingkap yang lagha.

Report oh report
bila hendak habis?
Jika emosi terganggu
dek tekanan jiwa
punca mental yang kusut .

Report oh report
bila hendak khatam?
Jika otak membeku
seperti salji putih
yang jatuh di hemisfera utara.

Report oh report
bila hendak finish
?
Jika mata sudah kuyu
bantal memanggil
selimut hangat meminta dibalut.

1.58 am
14 Januari 2010
Di bilik yang semak




Stress!

Stressnya lately ni! rase nak pecah kepala ni. banyak sangat dipikirkan. sakit otak gua..

Bila exam dah dekat mesti macam ni. tak sampai sebulan lagi nak exam. tapi satu hape pon tak paham.mana
tak stress + tension. memang nak study bukan tak nak.tapi otak melayang. tak boleh nak fokus. sakitnya jiwa!!!

Time macam ni la homesick, rindu kat mak, rindu kat dia, rindu . macam-macam la..semua jadi tak kena. rasa nak menangis pon ada. rasa nak marah pon ada. rasa nak maki orang. but the worst part is rasa nak bunuh orang.boleh tak?!? BEWARE,orang berdekatan gua!!!

Kejap boleh gelak. kejap boleh nangis. kenapa aku tak jadi orang yang tak ada perasaan jer???lantak ar apa nak jadi pon, janji diriku bahagia. tak payah pikir soal itu ke soal ini ke. kan senang macam tu. ini tidak. asyik nak pikir pasal benda remeh je. bukanlah remeh sangat. tapi agak tak berbaloi untuk dipikirkanlah. buat semak otak jer. nak buat macam mana. itu diriku. susah kot nak ubah diri ini yg umur dah makin lanjut ni. kalau budak kecik tu tak apa juga. ini dah boleh kawin dah. ish, apa aku merepek ni. arggghhhhhhhhhhh!!!stress!!!!!!!!!!!!


Thank You


Thank u for being here for me all the time.
Always there by my side when i need u most.
Listen to all my problems everyday patiently.
Always be my crying shoulder.
Support and give me advice on every single thing i do.
Understand me very well.
Never get bored with me.
Cherish my life.
Always make me laugh.
Always make me smile.
Love me and miss me everyday.

THANK YOU. I LOVE YOU.

Resolution = Azam


1) Study : rajin.no more ponteng.focus.result yang mantap.grad within 4 years.

2) Appearance : sentiasa comel.fit & slim.cute sexy hot.


3) Attitude : think positive.confident.strong.less cry.less talk.

4) Friendship : always be my side when i need you.friend forever no matter what happen.


5) Love : go with the flow.banyak sabar.think less.never demand.


1.1.10

Hari ini tahun baru,
esok pula hari baru,
apa azam di hati,

saya tak tahu lagi.


Dua tahun sudah berlalu,
lagi dua tahun mau pergi,
tapi otak sudah tepu,
macam mana mau harungi.

Berkelah di tepi lurah,
sambil mengusha awek ayu,
marah tetap marah,
but i still LOVE u!

HAPPY NEW YEAR!!!

p/s: pantun carca-marba :p