sketsa bbg

X : eh!
kenapa menangis?
Y : (sebab bodoh)

X : eh!
kenapa menjerit?
Y: (sebab bangang )

X : eh!
kenapa mengamuk?
Y : (sebab gila)

X : eh!
kenapa menangis, menjerit dan mengamuk ?
Y : BODOH! BANGANG! GILA!

(..) -> monolog dalaman,

kemaafan

Assalamualaikum...Exam makin dekat, ramadhan pon makin dekat jadi aku amik kesempatan ini nak mintak maaf kat sesiapa yang kenal diri aku ini. Aku mungkin tak sedar atau sedar yang aku dah sakitkan hati orang. So, aku mintak maaf. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah ambil berat pasal aku.

Kawan-kawanku yang bakal exam, wish u all da best. I will pray for your success.

Semoga bulan ramadhan ni bakal membawa seribu keberkatan kepada kita semua, InsyaAllah.


dua dua..


Apa ada dengan no dua dua ini???No ini dan juga tarikh pada hari ini menandakan kematangan aku meningkat ke satu tahap yang lain. Tapi matangkah aku?? Ish apa aku merepek ni. Tengok, makin sengal ada ar.

By the way, 22 tahun yang lalu,terbentuklah insan comel dan gebu(perasan je) di muka bumi ini. Terima kasih mak abah membolehkan adik melihat dunia dan ciptaan tuhan yang maha agung.

Kepada yang wish juga, babe2 & dude sekalian...thank u so much kerana memperingati tarikh keramat ini. Selain daripada wish, cake yang sangat sedap & cantik(sila rujuk gambar di atas) dan hadiah yang bakal tiba juga diberikan kepada c.comel ini. TERIMA KASIH DAUN KELADI, SEMOGA BOLEH MEMBERI LAGI!

Selain itu,semoga apa yang dihajati pada tahun ini dimakbulkan olehNya. (apa hajat aku yek??)hehe.Biarlah ia menjadi rahsia kepada diriku.Aminnnnnnnn

SIT BACK RELAX AND ENJOY THE MOMENT~~~~

bola


Pernah dengar tak pepatah orang dulu-dulu "bola itu bulat"?
Maksud di sebaliknya sangat mendalam. Apa-apa boleh terjadi walaupun dalam masa yang singkat. Jadi renung-renungkanlah pepatah ini.

maaf

Saya nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali saya.
Kalau saya ada tersalah kata, terlukakan hati atau apa-apa sahaja yang seumpama itu, saya minta maaf banyak-banyak.

me

I am very ambitious
when i want it, i will fight for it;
and who are you,
to pull me back?

I love to complain
when something bother me;
and who are you,
to shut me up?

I cry a lot
never had tears dry up;
and who are you,
to tell me not to cry?

I am very sensitive
one word can ruined me;
and who are you,
to say unpleasant word to me?

I am who i am
and who are you,
to judge me?

11.24pm
22 June 2010
tiny cramp space





AWAN


Kepulan putih indah di awangan,
memayungi dari terik mentari;
kaulah pelindung,
dari terus membakar.

Bentuknya sukar ditafsir,
juga tidak tetap suatu waktu;
namun, ada keistimewaan di sebaliknya,
hanya perlu kaji lebih teliti.

Hadirnya di sana,
menghiasi ruang biru yang luas,
pasti terleka pabila merenungnya;
tenang, namun sayu mula terbit.

Keseriannya hanya sementara,
pudar warna suci,
kelam, suram pamer di udara;
gigil jiwa raga saat ia tiba,
basah kuyup membanjiri tubuh.

Gerombolan hitam menutup muka langit,
makin kencang amarahnya;
hanyut dan lemas dek perbuatannya,
namun, apa yang mampu dibuat,
hanya berdoa agar ia reda.

1.23 am
3 Jun 2010
Bilik yang sepi